KATA ALU-ALUAN GURU BESAR

 

Teknologi Maklumat di peringkat sekolah kini menjadi satu lagi saluran yang berperanan yang penting ke arah mencapai matlamat Dasar dan Falsafah Pendidikan Negara dalam era terkini.

 

Di zaman yang begitu canggih dan penuh mencabar, setiap warga pendidik dan pelanggan Jabatan Pendidikan juga harus mengikuti arus perubahan ini. Untuk kecemerlangan itu, warga Sekolah Kebangsaan Serkam juga berusaha untuk mempertingkatkan martabat pendidikan selaras dengan hasrat kerajaan Malaysia untuk menubuhkan sekolah-sekolah bestari di seluruh Malaysia.

 

Ke arah itu, Sekolah Kebangsaan Serkam sedang berusaha untuk memperlengkapkan kemudahan-kemudahan pengajaran dan pembelajaran dengan teknologi terkini. Pelajar-pelajar sedaya upaya didedahkan dengan penggunaan alatan berteknologi.

 

Atas kesedaran ini juga, guru-guru dihantar untuk menimba ilmu di dalam bidang yang diagih-agihkan supaya semua guru mendapat pengetahuan untuk sesi pengajaran dan pembelajaran di sekolah pula.

 

Diharapkan dengan adanya 'Laman Web Sekolah Kebangsaan Serkam' ini dapat mempertingkatkan lagi mutu produk berharga harapan para ibu bapa.

 

Sekian, terima kasih.

 

 

(RAMLAH BT. HJ. MAJID)

aluan
sejarah
motto
organisasi

staff
aktiviti